YAKINI TART NENAS FH COOKIES HOUSE

Resepi Turun Temurun yang Menakjubkan

TART NENAS | SENARAI HARGA | FAEDAH KESIHATAN | FAKTA MENARIK | TENTANG KAMI | SEJARAH NENAS

FH Cookies House - Pembuat Tart Nenas Berbentuk Buah

FH Cookies House memulakan perniagaan tart nenas unik ini secara serius mulai bulan Jun 2009 setelah pemiliknya, Faridah Yusof, mendapat satu idea untuk menyambung warisan resepi tart nenas ibunya, dan tambahan pula pada ketika itu beliau mendapat dorongan dan sokongan daripada ibu bapa, adik beradik dan anak-anak. Selain daripada tart nenas unik, FH Cookies House juga menghasilkan biskut coklat cip, 'cornflakes crunch' dan biskut hazelnut, apabila mendapat tempahan.

Tart nenas unik ini dihasilkan menggunakan bahan ramuan yang halal dan pewarna yang dibenarkan. Ia amat sedap dijadikan snek. Kelebihan pada tart nenas unik ini adalah dari segi kualiti kerana tart tersebut diisi dengan inti jem nenas yang sangat sedap dalam sukatan yang amat mencukupi untuk membuatkan ia benar-benar dirasai dan dinikmati, sehebat namanya iaitu tart nenas unik. Tart ini berbeza dari kebanyakan tart dan biskut berinti yang lain yang hanya diisi dengan inti yang sedikit.


         

Copyright © 2011 - 2013 FH Cookies House Maintained by ACDRA Web Design & SEO Malaysia