Fakta menarik tentang nenas
- Nenas ditanam dari jambul dan sulur dan mengambil masa 2 tahun untuk menghasilkan buahnya yang pertama. Sesudah itu, nenas berbuah setahun sekali.
- Asia Tenggara adalah pengeluar nenas terbesar di dunia pada ketika ini
- Nenas boleh digunakan untuk melembutkan daging
- Jus nenas boleh digunakan untuk membuang ketuat
- Nenas muda mengandungi racun dan boleh mengakibatkan cirit-birit dan sakit tekak. Meminum terlalu banyak jus nenas masak pun boleh mengakibatkan cirit-birit.
- Kulit nenas boleh digunakan untuk membuat cuka atau arak
- Bagi ibu yang sarat mengandung, bila tiba masa untuk melahirkan anak, makan nenas, ia akan memudahkan kelahiran anak.
- Nenas tidak akan menjadi bertambah manis selepas dipetik
- Nenas tidak boleh dimasukkan kedalam jeli kerana jeli akan cair
- Nenas boleh mengurangkan penyakit resdung dan boleh meningkatkan daya tahan badan terhadap penyakit tertentu
- Dua potong nenas mengandungi 100mg Vitamin C.
- Nenas boleh membantu menghadamkan makanan
- Inti tart nenas dibuat dari nenas yang sudah masak, bukan nenas muda
- Manganese dalam nenas boleh membantu kesihatan seksual lelaki
|
|
Kek Nenas Terbalik kegemaran Barat
- Nenas boleh mengurangkan bengkak pada sendi dan sesuai dimakan oleh mereka yang menghidap penyakit rheumatic arthritis, gout dan rheumatism.Memakan tart nenas juga memberikan kesan yang sama
- Nenas mengandungi asid folic. Amat sesuai bagi perempuan yang hamil. Tapi jangan minum banyak jus nenas jika hamil, sebab ia boleh menyebabkan keguguran.
- Jus nenas boleh membantu untuk mengekalkan kesihatan jantung dan boleh membantu mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang menghidap penyakit darah tinggi
- Minum jus nenas setiap hari untuk mengurangkan kolesterol dalam darah.
- Luka akan sembuh dengan lebih cepat kalau anda meminum jus nenas
|