LAMAN UTAMA | FY COOKIES | BELI TART NENAS | KELAS TART NENAS BUAH

FY Cookies House - Pembuat Tart Nenas Berbentuk Buah

FY Cookies House memulakan perniagaan tart nenas unik ini secara serius mulai bulan Jun 2009 setelah pemilik FY Cookies House, Faridah Yusof, mendapat satu idea untuk menyambung warisan resepi tart nenas ibunya, dan tambahan pula pada ketika itu beliau mendapat dorongan dan sokongan daripada ibu bapa, adik beradik dan anak-anak. Selain daripada tart nenas unik, FY Cookies House juga menghasilkan biskut coklat cip, 'cornflakes crunch' dan biskut hazelnut, apabila mendapat tempahan.

Tart nenas unik ini dihasilkan menggunakan bahan ramuan yang halal dan pewarna yang dibenarkan. Ia amat sedap dijadikan snek. Kelebihan pada tart nenas unik ini adalah dari segi kualiti kerana tart tersebut diisi dengan inti jem nenas yang sangat sedap dalam sukatan yang amat mencukupi untuk membuatkan ia benar-benar dirasai dan dinikmati, sehebat namanya iaitu tart nenas unik. Tart ini berbeza dari kebanyakan tart dan biskut berinti yang lain yang hanya diisi dengan inti yang sedikit.

Faridah Yusof - Pemilik FY Cookies House

Faridah Binti Yusuf dilahirkan di Teluk Intan, Perak dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Bingai Meru, Klang, Selangor sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang, Selangor. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor sebelum mendapat pendidikan Diploma Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Malaya. Beliau mempunyai pengalaman kerjaya sebagai Pegawai Sumber Manusia di Kilang Kayu Jernih Mahir Sdn Bhd sebelum meletakkan jawatan dan memulakan perniagaan sendiri melalui FY Cookies House.

Hubungi FY Cookies House

Faridah Yusof
Tel: 012-262 1272


         
Copyright © 2011 FY Cookies House Maintained by ACDRA Web Design & SEO Malaysia