FAKTA MENARIK TENTANG NENAS

Bahan Utama Tart Nenas

TART NENAS | SENARAI HARGA | FAEDAH KESIHATAN | FAKTA MENARIK | TENTANG KAMI | SEJARAH NENAS

Fakta menarik tentang nenas

  • Nenas ditanam dari jambul dan sulur dan mengambil masa 2 tahun untuk menghasilkan buahnya yang pertama. Sesudah itu, nenas berbuah setahun sekali.
  • Asia Tenggara adalah pengeluar nenas terbesar di dunia pada ketika ini
  • Nenas boleh digunakan untuk melembutkan daging
  • Jus nenas boleh digunakan untuk membuang ketuat
  • Nenas muda mengandungi racun dan boleh mengakibatkan cirit-birit dan sakit tekak. Meminum terlalu banyak jus nenas masak pun boleh mengakibatkan cirit-birit.
  • Kulit nenas boleh digunakan untuk membuat cuka atau arak
  • Bagi ibu yang sarat mengandung, bila tiba masa untuk melahirkan anak, makan nenas, ia akan memudahkan kelahiran anak.
  • Nenas tidak akan menjadi bertambah manis selepas dipetik
  • Nenas tidak boleh dimasukkan kedalam jeli kerana jeli akan cair
  • Nenas boleh mengurangkan penyakit resdung dan boleh meningkatkan daya tahan badan terhadap penyakit tertentu
  • Dua potong nenas mengandungi 100mg Vitamin C.
  • Nenas boleh membantu menghadamkan makanan
  • Inti tart nenas dibuat dari nenas yang sudah masak, bukan nenas muda
  • Manganese dalam nenas boleh membantu kesihatan seksual lelaki
bentuk buah bagi tart nenas kami

upside down pineapple cake
Kek Nenas Terbalik kegemaran Barat
  • Nenas boleh mengurangkan bengkak pada sendi dan sesuai dimakan oleh mereka yang menghidap penyakit rheumatic arthritis, gout dan rheumatism.Memakan tart nenas juga memberikan kesan yang sama
  • Nenas mengandungi asid folic. Amat sesuai bagi perempuan yang hamil. Tapi jangan minum banyak jus nenas jika hamil, sebab ia boleh menyebabkan keguguran.
  • Jus nenas boleh membantu untuk mengekalkan kesihatan jantung dan boleh membantu mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang menghidap penyakit darah tinggi
  • Minum jus nenas setiap hari untuk mengurangkan kolesterol dalam darah.
  • Luka akan sembuh dengan lebih cepat kalau anda meminum jus nenas


Copyright © 2011 - 2013 FH Cookies House Maintained by ACDRA Web Design & SEO Malaysia